Many times, I failed to express my feelings in speeches. May be the most comfortable and easiest way to express myself is through writing. And here it is - the place to fill in my thoughts, my feelings, my life and everything about me. Welcome to my world...

Wednesday, October 03, 2007

Pertandingan Mencipta Lagu Kanak-kanak 2007

"I found this during surfing the internet. Just to upload here to inform to those who are interested to join. The form is attached to the web site they provided."


Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Kanak-kanak 2007. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:

  1. Kategori A (Lagu untuk kanak-kanak yang berusia dari 6 tahun hingga 9 tahun)
  2. Kategori B (Lagu untuk kanak-kanak yang berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun)

Hadiah

Hadiah bagi setiap kategori (Kategori A dan B) adalah seperti yang berikut:

a) Tempat pertama - RM 2,500.00

b) Tempat kedua - RM 2,000.00

c) Tempat ketiga - RM 1,500.00

d) 5 hadiah sagu hati - RM 700.00 setiap lagu


Syarat Penyertaan

1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali urus setia atau ahli keluarga terdekat pihak penganjur.


2. Setiap penyertaan lagu mestilah mengandungi tiga bahan yang berikut:

a) CD yang mengandungi rakaman lagu yang dinyanyikan.

b) Lirik lagu dalam bahasa Melayu.

c) Nota lagu lengkap berserta lirik di bawahnya.


3. Peserta boleh menghantar maksimum 2 buah lagu bagi setiap kategori, yang dirakamkan dalam CD yang berasingan dan dilabelkan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori.


4. Lagu-lagu mestilah diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik berkod (chordal instrument) seperti gitar, kibod (keyboard) atau piano.


5. Bentuk lagu:

a) Kategori A dan B

i. Bentuk (form) lagu harus sesuai dengan jiwa serta melambangkan alam kanak-kanak.

ii. Aliran lagu/melodi hendaklah mudah dinyanyikan dengan menggunakan jangkauan suara (vocal range) yang selesa untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak.


6. Format dan panjang lagu adalah seperti yang berikut:

a) Kategori A (6 – 9 tahun)

- Format (A1A2) atau (AB). Panjang lagu tidak melebihi 16 bar.

b) Kategori B (10 – 12 tahun)

- Format (AB) atau (A1A2,B1B2) atau (A1B1,A2B2) atau (A1A2BA3)

atau (ABCD). Panjang lagu tidak melebihi 32 bar.


Kedua-dua kategori ini haruslah dalam rentak bebas dan sesuai untuk alam kanak-kanak dalam berbagai-bagai tanda masa seperti 24, 34, 44, 68 dan lain-lain.


7. Penilaian adalah berdasarkan dua (2) aspek, iaitu melodi dan lirik. Markah akan dinilai berdasarkan kedua-dua aspek tersebut.


8. Lirik perlulah menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Jika lirik lagu yang berjaya dalam pertandingan ini mempunyai sedikit kesilapan tatabahasa, pencipta lagu tersebut perlu membetulkan liriknya atau mungkin juga melodinya. Lagu yang mempunyai terlalu banyak kesalahan tatabahasa, akan dibatalkan penyertaannya.


9. Lirik mestilah sesuai untuk kanak-kanak mengikut umur dengan pilihan kata-kata dan penerapan nilai-nilai pendidikan, kemanusiaan, motivasi, patriotisme dan sebagainya yang dapat meningkatkan pemikiran serta menarik minat kanak-kanak.


10. Lagu-lagu hendaklah ciptaan/karya asal peserta dan belum pernah diizinkan untuk atau diterbitkan dalam apa-apa juga bentuk media kepada mana-mana pihak lain. Lagu-lagu yang sudah dihantar ke pertandingan sebelum ini tidak layak untuk dipertandingkan lagi. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan atau sebarang kemenangan dan menarik balik hadiah jika lagu tersebut bukan ciptaan/karya asal atau pernah diterbitkan.

11. Jika didapati ada lagu yang dipertandingkan itu diragui pencipta sebenarnya, peserta terbabit akan diminta untuk memberi keterangan lanjut dan mempersembahkan lagu berkenaan. Peserta dilarang sama sekali menggunakan hasil ciptaan karya pihak lain sebagai bahan penyertaan.

12. Pihak penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menerbitkan sepenuhnya lagu-lagu yang menyertai pertandingan ini dalam apa-apa juga bentuk media.

13. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta kehilangan bahan karyanya semasa dalam proses penghantaran. Kiriman pos dan bukti pos bukanlah bukti penerimaan. Semua bahan penyertaan tidak akan dikembalikan.

14. Borang penyertaan boleh juga didapati dalam ruangan “Berita Korporat” laman web www.dbp.gov.my dan portal Karyanet di www.karyanet.com.my.

15. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

16. Kesemua bahan penyertaan seperti dalam bil. 2 hendaklah dihantar kepada urus setia pada atau sebelum 29 Oktober 2007 ke alamat yang berikut.

Bahagian Multimedia,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tingkat 12, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,


50460, Kuala Lumpur.

17. Tuliskan “Pertandingan Mencipta Lagu Kanak-kanak 2007” di penjuru kiri sampul surat. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Rosnazatulizlin Abdul Aziz di talian 03-21481431 pada waktu pejabat atau e-mel iezlynn@dbp.gov.my.

18. Pemenang akan dimaklumkan kemenangannya melalui surat. Bagi peserta yang tidak menerima sebarang surat makluman dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup pertandingan, dianggap tidak berjaya.

No comments: